Thursday 18 October 2012

Ringkasan Bab 4 SPE

Etika
-satu sistem kepercayaan yang didasarkan kepada moral dan ia diterima untuk mengawal tingkah laku manusia.
-kajian tentang apa yang betul dan apa yang salah daripada sudut moral
-etika terbahagi kepada 3: etika meta(meta ethics),etika normatif(normative ethics) dan etika gunaan(applied ethics)


Etika meta(meta ethics)

-meta membawa maksud"disebalik apa yang dapat dilihat dengan mata kasar"
-menjelaskan bahawa etika meta melibatkan persoalan persoalan ghaib seperti kuasa Tuhan,keagamaan,kebenaran sejagat dan peranan akal dan melibatkan metafizikal,psikologi dan linguastik yang merupakan konsep  yang abstrak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.


a)Tanggungjawab sebagai Hamba Allah

-tanggungjawab insan yang asasi ialah memperhambakan diri kepada Allah Azzawajalla.
-hakikat kehambaan bermaksud bahawa setiap  insan mengakui bahawa mereka adalah kepunyaan Allah dan Allah lah yang maha berkuasa mengatur kehidupan insan.


b)Tanggungjawab Dakwah

-Dakwah merupakan tanggungjawab setiap insan Muslim. 
-Berdakwah adalah usaha yang optimum mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kejahatan. 
-Muhammad Natsir menegaskan tugas dakwah adalah wajib bagi semua Muslim dan Muslimah dan bukan monopoli golongan ulama dan intelektual.



Etika Normatif(normative ethics)

-Etika normative membuat kritikan dan melakukan penilaian keatas etika moral yang ada dan kemudiannya mencadangkan satu sistem yang standard untuk semua. 
-Persoalannya ialah keupayaan membentuk etika yang standard untuk semua kerana rasional dan akal manusia itu berbeza-beza. 
-Teori deontologikal dan teori teleologikal merupakan teori utama yang digunakan dalam etika normatif.

Etika Gunaan(applied ethics)
-Etika Gunaan membincangkan isu-isu khusus dalam kehidupan seharian meliputi pelbagai bidang seperti perniagaan, penguruan dan perubatan. 
-Ia berusaha menggubal etika yang dapat memberikan panduan dan mengawal bidang-bidang tersebut untuk kegunaan masyarakat dan ia cuba mencari penyelesaian terhadap masalah semasa dengan menggunakan teori deontologikal dan teori teleologikal. 
-Contohnya, etikan pernguruan membincangkan tanggungjawab guru terhadap profesionnya.


Aliran-aliran Etika



a)Utilitarianisme

-Konsep utilitarianisme menegakkan fahaman bahawa segala keputusan dibuat bergantung kepada hasil yang diperoleh daripada pelaksanaannya. 
-Matlamatnya ialah untuk memberikan kebaikan tertinggi kepada seberapa ramai orang. Jeremy Bentham manghasilkan alat ukur Kalkulus Hedonistik Bentham untuk mengukur kebaikan. 
-Tujuh elemen dipertimbangkan untuk mengukur kabaikan atau keburukan iaitu kedalaman, kelamaan, kepastian, kesegeraan, kesedaran, keberkesanan, dan had.


b) Hedonisme

-Berasal daripada perkataan Greek hedone yang menentukan bahawa matlamat kehdupan ialah untuk mendapatkan kelazatan hidup yang maksimum dan berpegang kepada fahaman yang mementingkan keseronokan dan kesenangan hidup. 
-Ukurannya ditentukan oleh kenikmatan dan kelazatan. Budaya hedonism membiakkan sikap individualistik dan egoistik. 
-Serangannya telah membentuk masyarakat yang hanya mementingkan kesenangan diri dan orang yang tiada pemilikan dipandang rendah dan hina.


c)Eksistensialisme

-Menegaskan bahawa moral hendaklah berpaksikan kebebasan. Individu mempunyai kebebasan menentukan tindakannya. 
-Jean Paul Satre merupakan pelopor utama doktrin eksistensialisme. Satre menegaskan tentang perlunya kebebasan individu diberikan dalam menentukan tindakannya dan dalam pertimbangan moral.
- Menekankan kebebasan individu membuat pilihan dan pilihan dibuat berdasarkan sumber asal. Tiga bentuk kebebasan bagi golongan ini iaitu kebebasan jasmani, kebebasan kehendak dan kebebasan moral.



AKHLAK ISLAM


Definisi
-Pada pandangan tokoh Tasawuf merujuk kepada perangai yang menyenang, lemah lembut dalam pergualan, berseri wajah, sedikit perselisihan dan baik percakapan


Hubungan Akhlak dengan ilmu Tawasuf
-Tasawuf ialah akhlak yang mesti dipraktikkan oleh setiap individu muslim yang sejati.
-Akhlak islam juga berasal daripada al-Quran dan al-Sunnah

Cara membentuk akhlak mulia
-Boleh dibentuk melalui latihan yang dilakukan secara bersungguh-sungguh tanpa kenal erti jemu dan putus asa. Ia perlu dipupuk dan dibendung dengan rapi. 
-Langkah bermula melalui latihan disiplin diri secara bersungguh-sungguh.


Akhlak manusia secara semulajadi
Imam Al-Ghazali kategorikan manusia kepada empat golongan berdasarkan tabiat semulajadi mereka sebelum menerima pendidikan akhlak iaitu:
       - Manusia yang bodoh, golongan ini tidak dapat membezakan antara perbuatan yang baik dan buruk.
       - Manusia yang mengetahui sesuatu perkara yang buruk tetapi tidak membiasakan diri melakukan perkara-      perkara kebaikan.
       -Manusia yang mempunyai keyakinan bahawa yang buruk itu baik.
-     -Manusia yang telah berkeyakinan mengerjakan sesuatu kejahatan dan rasa bangga dengan melakukan kejahatan.



Gaya pembentukan akhlak oleh imam Al-Ghazali
-Sentiasa bergaul dengan guru yang dapat melihat dan menilai segala kekurangan akhlak dan mematuhi nasihatnya.
-Mencari teman yang benar-benar dapat mengawasi dan menegur perbuatan yang buruk.
-Mendengar dan memerhati segala kekurangan diri yang dilontarkan oleh pihak musuh.
-Menggauli manusia dengan mengawasi sifat-sifat yang tercela dan mengambil pelajaran untuk membaiki diri sendiri.

No comments:

Post a Comment